Isnin, 13 Februari 2012

Majlis suaimesra JPTP & Ibubapa serta Sambutan Tahun Baru Cina

11 Februari 2012, tarikh yang telah dipilih untuk menganjurkan majlis suaimesra ibubapa dan JPTP serta sambutan Tahun Baru Cina. Majlis ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Pegawai-pegawai Jabatan turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara aktiviti yang diselitkan bagi memeriahkan majlis tersebut adalah pertandingan mewarna berkeluarga dan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak.


Pelbagai gelagat peserta mewarna dapat dilihat ketika pertandingan itu berlangsung. Bakat-bakat yang terpendam juga mula menyinar ketika menyiapkan kertas warna tersebut

Guru, penolong guru dan ibubapa membantu menghidang makanan kepada para jemputan dan juga VIP.

Ragam tetamu ketika menikmati hidangan makanan yang telah disediakan pada hari tersebut.

Antara pegawai Jabatan dan juga JPTP yang hadir pada majlis tersebut.

Pegawai menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Puteri Gunung yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis tersebut diakhiri dengan majlis salam-bersalaman di antara pegawai Jabatan, JPTP dan juga ibubapa serta gugu-guru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan