Ahad, 6 Mei 2012

Vrooomm..Vroomm.. Jom kita ke klinik gigi!

Kami ada lawatan ke klinik pergigian. Jom kita tengok aktiviti-aktiviti kami disana bersama jururawat dan doktor pergigian.
 Khusyuknya adik-adik kita dengar taklimat yang diberi oleh jururawat pergigian. Faham ka adik-adik?

Di klinik tersebut juga, adik-adik kita diberi penerangan tentang makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan dan yang tidak.

 Wah, besarnya gigi-gigi yang digunakan oleh jururawat untuk bagi penerangan kepada adik-adik kita tentang kesihatan gigi kita.

Wah, beraninya adik-adik kita membuat pemeriksaan gigi. Ini lah yang cuba diterapkan kepada adik-adik kita dalam lawatan ini.

 Adik-adik kita dihiburkan dengan persembahan puppet oleh kakitangan klinik pergigian tersebut sambil menunggu kawan-kawan selesai membuat pemeriksaan gigi.

Terima kasih doktor dan jururawat atas pengalaman dan juga penerangan yang telah diberikan. Kami sangat menghargainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan